this site

BERSYUKUR.

Syukur dapat diertikan sebagai:



Mengerti bahawa semua nikmat yang ada pada diri seseorang hamba, baik yang lahir mahu pun yang batin, semuanya daripada PenciptaNya sebagai satu bentuk pemberian kepada HambaNya. Baik atau buruk sesuatu kurniaanNya itu pasti terselit seribu satu hikmah yang adakalanya mudah untuk difahami oleh akal manusia dan adakalanya sukar untuk difahami..



Namun Apa yang penting .....



Orang-orang yang bersyukur memiliki kesedaran dan kemampuan untuk melihat keindahan,kenikmatan malah kebaikan diatas setiap sesuatu yang dikurniakan oleh penciptanya tidak kira baik atau buruk yang diterimanya.



Apa Kata Bijak Pandai Tentang Kebaikan Bersyukur

Kata Dr. Fadzilah Kamsah

" Hikmah ni samalah dengan kebaikan bersyukur."

Hikmah pertama, Anda akan bersemangat tinggi bahkan Anda akan dapat menangkis emosi-emosi negatif dari orang di sekeliling Anda. Di rumah ke, di tempat kerja ke, di tempat awam ke, di dalam kereta ke, kita tak akan dapat lepas dari orang-orang berfikiran negatif yang suka bercakap hal-hal negatif diringi dengan umpatan negatif.

Nak lari jauh dari semua tu sedikit mencabar sebab diorang adalah kawan bahkan keluarga kita sendiri. Nak ke tak nak, kita akan selalu berdampingan mereka juga.

Lama-kelamaan kita sendiri akan susah berfikiran posittif sepenuhnya sebab asyik diracuni oleh pemikiran negatif yang datang dari mereka. Bila kita selalu bersyukur, kita akan dapat kekalkan emosi-emosi positif yang lantas membuat kita sentiasa berfikiran positif.

Hikmah kedua, (yang paling best) Anda akan dapat merasai ketenangan – bebas stress, kemurungan, tekanan dan kebingungan.

Apa yang saya tulis kat sini, semuanya saya rasakan sendiri.

“The person who gets the farthest is generally the one who is willing to do and dare”

 

Menurut Dr. Fadzillah Kamsah,

" Orang yang dapat pergi lebih jauh adalah orang yang
    sanggup  bersusah payah dan berani."

Kata-kata motivasi kali ni memberi penerangan jelas bahawa kejayaan hanya dapat di raih oleh orang yang sanggup bekerja keras dan berani.

  • Berani tu adalah sanggup menjadi lain daripada yang lain.
  • Orang berusaha sikit, kita usaha banyak.
  • Orang kerja sikit-sikit, kita kerja banyak-banyak!
  • Tak semua orang sanggup berani mahu berjaya, sebab hampir semua tahu kegagalan tu peritnya bagaimana.
0 comments

LAGU - LAGU MOTIVASI

COMING SOON!!!

About Me

My photo
Pusat Pembelajaran Webucation dan Pusat Aktiviti Rangkaian Mystar Bahagian Ledang. Untuk Maklumat Lanjut Sila hubungi 06-9785730.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PORTAL MYSTAR

Sila hubungi kami di talian 017-692 2231 atau 06-9785730
Powered by Blogger.

Followers